Wednesday, 3 April 2013

world vs hereafter

in the name of Allah S.W.T. most gracious most merciful.

siapa tak percaya dengan hereafter, cepat angkat kaki! okay, okay. serius -.-.

siapa tak percaya dengan adanya hari kiamat?

dan ...

siapa tak yakin dengan adanya hari kiamat?

apa la yang aku mengarut ni kan? bukan ke benda sama je soalan-soalan kat atas tu kan? tak sebenarnya, percaya dan yakin adalah dua benda yang sangat berbeza. ramai yang percaya hari kiamat, hari kebangkitan semula akan datang, tapi tak ramai yang yakin. oh, tak faham?

okay, macam ni la kan. aku bagi analogi. contoh, kawan kau cakap, nasi lemak tu pedas. mesti la kau percaya memandangkan kawan kau tu manusia paling jujur gitu, tapi kau tak akan 100% yakin yang nasi lemak tu pedas selagi kau tak rasa sendiri. selagi mana kau tak rasa kepedasan nasi lemak tu, selagi tu kau akan terfikir mungkin pedas bagi dia, x pedas bagi kau. apa yang aku nak tekan kan, doubtfulness tu sentiasa ada, sebab kau tak rasa sendiri. bila kau dah rasa, kau akan yakin yang nasi lemak tu pedas, menyebabkan kau minum air untuk hilang pedas.

sama jugak analogi dengan hari kiamat. cuma, masalahnya takkan kita nak tunggu hari kiamat betul-betul dah depan mata kita, lepas kita dah dikumpulkan dekat padang mahsyar baru nak yakin? lepas tu baru nak cari 'air'? oh, sorry. the door to the world has closed. the chance to do good, and beli pahala dah tamat, ZERO! KOSONG!

apa yang aku nak tekan kan adalah, disebabkan doubtfulness ni tadi la, masih ramai yang bermaksiat, kat Malaysia sendiri, hampa tau tak statistik anak luar nikah yang berdaftar seramai lebih kurang 6 orang sejam dalam tahun 2008 hingga 2010. nak dibandingkan masa tahun 2000 sampai 2008, plus minus 4 orang anak luar nikah dilahirkan setiap satu jam. hampa tengok, dulu beza 8 tahun, 4 orang, lepas tu, beza 2 tahun je,eh dah naik sampai 6, drastik. maknanya, masyarakat kat Malaysia ni makin teruk. dan yang paling sedih, orang Islam yang banyak terlibat. nak kira-kira, tengah aku menaip entri ni, nauzubillah la kan, mungkin ada 12 manusia tengah bermaksiat dekat Malaysia dan semestinya lebih dari tu sebab statistik ni dari yang didaftarkan je! yang x daftar kita tak tahu -.-. apasal aku cakap Kedah tetiba ah? roomate aku memang orang Kedah, tapi kitorang cakap kay-el k. pheww ~.~.

kenapa boleh jadi macam ni? sebab mereka masih tak yakin hari kiamat akan datang, jadi dorang cuma merebut pleasure yang ada depan mata. pleasure yang tak kekal, bahkan makin susahkan hidup mereka pada akhirnya. nak kata dorang tak tahu? at least dorang ada pelajaran sampai sekolah rendah. dan kita memang dah belajar rukun Iman dari sekolah rendah lagi kan? dan apa rukun iman yang terakhir? o.0. haaa! pandai, percaya adanya hari kiamat. tapi serius wey, percaya je tak cukup, aku ulang balik k, TAK CUKUP, untuk memastikan seseorang itu menjauhi perkara maksiat. 

jadi, macam mana nak yakin? 

cuba kau fikir, sape yang cipta tv? sape yang cipta telefon? sape yang cipta laptop? sape yang cipta kerusi meja? semua benda tu ada pencipta kan? jadi logik ke kalau manusia ni ada dengan sendiri nya? hei la wey, kita belajar kot proses kejadian manusia. kalau dah ada proses, x dikira terjadi dengan sendiri la kan? kalau terjadi dengan sendiri, mesti la tetiba je kita jatuh kat bumi tak tahu asal-usul. ala-ala alien gitu. k, aku buat lawak tak kelakar lagi -.-. hehehe :D. tapi, main point nya wajib la kita ada pencipta kan. setiap proses kejadian manusia dapat di-explain oleh sains, kecuali heartbeat yang pertama. apa yang trigger heartbeat pertama masih unknown. haa, itu la kuasa Allah, dengan peniupan roh. roh yang memang kita tiada ilmu tentangnya, antara ilmu ghaib yang hanya Allah yang tahu ^^.

dan mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang roh. katakanlah : "roh itu termasuk urusan Tuhanku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan tentangnya melainkan sedikit". 17:85

then, fikir lagi, kalau Allah S.W.T. dah menciptakan kita, bukan kah akan jadi lebih mudah bagi Allah S.W.T. untuk membangkitkan kita semula walaupun tulang belulang kita dah hancur? okay, logik. thomas edison mencuba ratusan cubaan sebelum dapat mencipta lampu. tapi bila dah dapat cipta tu, senang je la kan nak buat lagi. sama la juga analogi dengan kes ini. jadi kita dapat simpulkan je la kan yang hari akhirat tu memang akan ada, dunia tak kekal tetapi syurga dan neraka yang kekal, apa yang kita buat di dunia akan tentukan tempat kita di syurga atau neraka.

wahai kaumku! sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara dan sesungguhnya akhirat itu lah negeri yang kekal. 40:39

haa. tunggu apa lagi? jom tambah pahala, spread the news. tolong promote blog aku kat fb pun dah cukup =). nampak tak trick aku kat situ??? muahahaha :D. tade button share eh? pandai-pandai la korang. aku malas lagi nak letak. sekian, terima kasih. assalamualaikum ^^.


un-sangka-rable

In the name of Allah S.W.T. most gracious most merciful.

alhamdulillah malam ni dalam sejarah dapat cover 3 subjek sekali gus. haha. memang daebak ar kawan aku sorang ni, berjaya buat aku study betul-betul + make full use of the time wisely tonight. happy overdose sampai taleh tidow dah. lolz :D. lawak tak kelakar lagi -.-.

un-sangka-rable. amacam? power tak ayat? oh my gucci! sesuatu un-sangka-rable dah jadi kat aku pagi tadi. sebelum tu, meh sat aku cite sat asal-usul ayat power ni. ayat tu aku ciplak. sem ni memang fun la. setiap lecturer aku ada tagline masing-masing. dan of coz, tagline feveret aku, UN-SANGKA-RABLE. what a beautiful manglish! :P. dan paling un-sangka-rable, ayat yang paling sempoi ni datang dari lecturer BTQ aku. tahu dak BTQ tu apa? BASIC THEMES OF AL-QURAN. haaa, jangan main-main. ustazah ni. ustazah feveret aku <3.

berbalik pada kejadian pagi tadi, aku jumpa long-lost friend! kawan sekolah rendah zaman aku darjah 4. since sekarang umur aku almost 20, means that kitorang tak jumpa dah dekat 10 tahun! dan lagi un-sangka-rable, kitorang rupanya satu kampus. nak tambah un-sangka-rable lagi, lepas 3 sem baru aku tahu dia satu U ngan aku. fuhh, sadis seribu kali sadis. -.-.
yang super-duper un-sangka-rable, dia kata aku dah lain, makin KURUS. fuyooo. haha. wajib la, 10 tahun tak jumpa, tak kan sebijik lagi kan. lolz. lawak tak kelakar lagi -.-.

tue je la aku nak share. memandangkan jam dah lewat, dan kelas aku pukul 11 esok, jadi lebih baik aku masuk tidur. assalamualaikum.

p/s: aku wonder, apa yang korang faham akan term 'bertemu dan berpisah kerana Allah S.W.T.'?

to think about it, it's subjective. depends on niat. niat defines everything. innamal a'malu binniyah. setiap amal tu dikira dengan niat. okay, aku hentam je, tapi maksud hadis tu lebih kurang je la ye. maknanya, kat sini, apa-apa yang kita buat, betulkan niat dulu. jangan sampai, kita dah buat amal baik, tapi sebab niat salah, sebab bukan kerana Allah, kita x dapat apa-apa, jadila kita manusia yang paling rugi.

peringatan of the day ; straighten your niat before every act you intended to do ^^.


Sunday, 31 March 2013

once again...

in the name of Allah S.W.T most gracious most merciful.

salam ^-^.

aku budak baru belajar. mohon tunjuk ajar.

okay. memang sangat tak sesuai kalau nak guna ayat kat atas tu. typikal first post punya. sebab this is not my first blog. atas sebab-sebab tertentu, saja je nak buat blog lain. :). 

aku dah tekad. aku dah tekad nak berubah 360 darjah. mesti korang macam, eh apa kes dia ni. tetibe buat blog pastu nak mengajar pasal angle pulak kan? haha. kelakar. aku memang pro bab-bab buat lawak tak kelakar ni.

what i meant is, i've changed, so i wish to change, if possible, all aspects in my life. including my blog. tapi nak buat renovation 360 darjah kat blog lama plus, delete mengdelete 1001 entri ntah hape-hape, memang tak la kan. ye, saya malas. sekian, terima kasih. 

p/s: kalau korang first time datang sini, dan antara makhluk-makhluk terawal menjejak blog ni di sebabkan aku dengan baik hati telah meninggalkan jejak kat blog korang, then aku mesti kenal korang at the other side of the world or dalam dunia blogger ni je. kalau korang dapat teka sape aku, aku bagi hadiah. serius -.-.